Pages

Thursday 28 September 2017

BIDANG TUGASAN LAJNAH BADAR KIBLAH 2017/2018



PRESIDEN BADAR (Merangkap Ketua Ahli Majlis Nuqaba' AMAN)
  • Bertanggungjawab dalam sistem pentarbiyahan Kiblah.
  • Menjalankan segala tugasan dan arahan yang diberikan oleh Jabatan,Tarbiyah dan Penghayatan Islam Kiblah.
  • Pemegang dasar dan perlembagaan BADAR.
  • Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran gerakan dan kegiatan BADAR bagi mencapai tujuan yang termaktub dalam perlembagaan.
  • Mengetuai dan memimpin Majlis Tertinggi BADAR, Ahli Majlis Nuqaba' dan ahli biasa BADAR Kiblah.
  • Mengetuai dan memantau : - Aktiviti dan gerak kerja setiap lajnah
                                                      - Mesyuarat Majlis Tertinggi BADAR dan Nuqaba'
                                                      - Jawatankuasa Perhubungan Luar (JPL).

TIMBALAN PRESIDEN BADAR 1
  • Bertanggungjawab dalam sistem pentarbiyahan Kiblah.
  • Membantu Presiden BADAR dalam segala tugasan yang diberikan oleh Jabatan,Tarbiyah dan Penghayatan Islam dan menyelia / memantau gerak kerja lajnah-lajnah BADAR.
  • Menjalankan tugas-tugas presiden serta mengetuai segala aktiviti dakwah dan pentarbiyahan ketika ketiadaan Presiden.
  • Taat kepada Presiden.
TIMBALAN PRESIDEN BADAR 2 (merangkap Ketuan Hal Ehwal Wanita Islam)
  • Bertanggungjawab dalam sistem pentarbiyahan Kiblah.
  • Menjalankan segala tugasan dan arahan yang diberikan oleh Jabatan,Tarbiyah dan Penghayatan Islam Kiblah.
  • Mengetuai / mempengerusikan : - Sistem pentarbiyahan Kiblah dibahagian Banat
                                                               - Semua naqibah Kiblah
                                                               - Aktiviti dan gerak kerja setiap lajnah bahagian Banat.
                                                               - Mesyuarat MT BADAR & Nuqaba' dibahagian Banat.
  • Taat kepada Presiden.
SETIAUSAHA AGUNG
  • Bertanggungjawab dalam perekodan dan pendokumentasian aktiviti-aktiviti pentarbiyahan dan dakwah BADAR.
  • Menguruskan laporan,minit mesyuarat,penyata,kertas kerja dan surat BADAR.
  • Menyediakan dan menguruskan sistem fail BADAR.
  • Mengumpulkan maklumat dan dokumentasi BADAR dalam fail yang tersusun dan menerima laporan aktiviti lajnah.
  • taat kepada presiden.
BENDAHARI KEHORMAT
  • Bertanggungjawab sepenuhnya keatas kewangan persatuan.
  • Menyediakan : - Penyata kewangan persatuan
                                   - Rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kewangan.
                                   - Tabung kebajikan atau derma kilat
  • Mengira / merekod jumlah kutipan secara bulanan.
  • Taat kepada presiden.
EXCO LAJNAH HISBAH & QIADAH
  • Bertanggungjawab terhadap disiplin ahli dalam semua program dan aktiviti BADAR.
  • Bertindak sebagai pengawas kepada gerak kerja BADAR dan ahli-ahlinya.
  • Memastikan : - Pelajar menjalankan kefardhuan sebagai seorang muslim.
                                 - Kelancaran aktiviti-aktiviti dibawah BADAR.
                                 - Menjalankan tugas "Amar Makruf Nahi Mungkar"
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden.
EXCO LAJNAH MASJID
  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalan pengurusan masjid.
  • Bertanggungjawab memastikan : - Pengurusan imam dan muazzin
                                                               - kebersihan,keceriaann dan keselamatan masjid
                                                               - solat Jumaat berjalan dengan lancar
                                                               - keselesaan masjid untuk para Jemaah.
  • Memantau disiplin pelajar di masjid dan membuat laporan terhadap masalah - masalah disiplin yang timbul.
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden
EXCO LAJNAH TAALIM
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan taalim dan ceramah yang diadakan di Kiblah.
  • Menguruskan tempat dan memberikan keselesaan kepada penceramah
  • Memberi kata-kata aluan sebelum majlis taalim dimulakan.
  • Menguruskan tazkirah ringkas selepas solat fardhu Subuh,Zohor dan asar pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Bekerjasama dengan AMAN dan AMP dalam memastikan kesediaan pelajar dalam majlis dan berdisiplin.
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden.
EXCO LAJNAH USRAH
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan usrah dalam kalangan pelajar antaranya:
  1. memastikan kehadiran pelajar semasa usrah bagi tindakan susulan
  2. menguruskan Liqa' / perjumpaan dengan Ahli Majlis Nuqaba'
  3. mengumpulkan semua laporan setiap usrah,penilaian naqib dan diserahkan kepada Jabatan,Tarbiyah dan Penghayatan Islam.
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden.
EXCO LAJLAH AKTIVITI DAN KEGIATAN LUAR
  • Bertanggungjawab dalam segala perancangan dan pengurusan aktiviti dan kegiatan luar BADAR.
  • Mengetuai Jawatankuasa Riadah dam Jawatankuasa Kesenian & kebudayaan Islam BADAR.
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden.
EXCO LAJNAH PENERANGAN,PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan penerangan,penerbitan,multimedia dan publisiti BADAR.
  • Menyampaikan informasi dakwah dalam bentuk risalah bulletin BADAR setiap bulan.
  • Menyediakan informasi dakwah islam dan BADAR melalui Blog,Facebook,Youtube dan lain-lain.
  • Menyediakan dan mengurusakan tayangan / slide untuk aktiviti-aktiviti BADAR.
  • Merakam setiap aktiviti yang berkaitan dengan BADAR.
  • Mengedarkan risalah-risalah agama dalam kalangan pelajar.
  • Menyediakan laporan aktiviti lajnah dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Taat kepada presiden.
Disediakan oleh : Exco Lajnah Penerangan,Penerbitan & Multimedia

Monday 11 September 2017

MENJADI SEORANG DAI'

Oleh: Ustazah Zaharoh Fajar Nina

Menjadi dai, adalah menjadi manusia yang selalu berusaha ke arah kebaikan.

Kita semua pasti mahu menjadi seorang yang paling baik. Paling baik di dunia, bahkan paling baik di akhirat. Ketika meneliti sepotong ayat ini kita akan tersentuh dengan benarnya firman Allah kepada kita manusia.

Saat Allah bertanya:

"Siapakah yang paling baik?"

Paling baik dalam apa?

"Paling baik perkataannya??"

Itulah dia, sorang pendakwah yang menjadikan perkataannya adalah perkataan untuk mengajak manusia kepada Allah. Bukan mengajak manusia menjadi baik kerana dirinya. Namun mengajak manusia menjadi baik, dan menjadi hebat kerana mereka mengenal Allah.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”” (QS. Fushilat: 33).
Sejenak kita bertafakur.

Sudahkah kita menjadi orang yang mengajak manusia kepada Allah?

Benarkah kita mengajak mereka kepada Allah?

Atau kita mengajak mereka untuk kita menjadi terkenal?

Atau kita mengajak mereka agar mereka hormat kepada kita?

Untuk menjadi pendakwah, memang besar cabarannya. Jika bukan cabaran luaran, jiwa dalaman kita selalu terselit riya dan sombong. Semoga Allah jauhi kita dari semua itu. Kerana itu juga Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menyatakan beberapa syarat dalam menjadi seroang dai' (Pendakwah) yang mengajak manusia kepada Allah.


PERTAMA:
Sebagai pendakwah, kita mestilah mencukupkan diri dengan ilmu agama yang benar.

Ilmu agama adalah ilmu yang terlalu besar nilainya. Oleh itu kita perlu berhati-hati dalam menyampaikan ilmu agama. Perlu memastikan dalil yang dirujuk itu sahih dari al-Quran, serta tafsiran yang benar dari ulama mu'tabar. Setelah itu, barulah kita sebarkannya kepada rakan dan masyarakat.


KEDUA:
Kita mesti memahami situasi orang yang ingin kita dakwahkan.

Manusia adalah makhluk sosial yang hidup di dunia dengan pelbagai latarbelakang. Ada manusia yang lahir dari keluarga kaya harta dan kaya kasing sayang. Ada pula yang kaya harta, tetapi mereka miskin kasih sayang. Sebahagian rakan kita yang lain, mereka dilahirkan dalam keadaan yang miskin harta dan miskin kasih sayang. Sebagai pendakwah, jiwa kita mesti besar. Kita perlu menyantuni mereka dengan Islam dan ajarannya dengan sebaiknya.

KETIGA:
Kita hendaklah bersikap hikmah dalam dakwah.

Hikmah itu ertinya, meletakkan sesuatu mengikut keadaan yang tepat. Hikmah bukan bererti terlalu tegas. Hikmah juga bukan bererti berlembut sentiasa. Hikmah adalah berlembut ketika perlu berlembut, dan bertegas ketika perlu bertegas. Sebagai contoh, dalam hal aqidah kita perlu bertegas agar sahabat kita tidak terjerumus ke lembah syirik yang menakutkan.

KEEMPAT:
Seorang dai' mesti memiliki akhlak yang baik dari segi perbuatan, percakapan dan penampilan.

Lihat bagaimana Rasulullah. Belum pun baginda dilantik menjadi nabi, masyarakat Quraisy telah mengenalinya dengan sebuah akhlak mulia, iaitu amanah. Lihat pula Abu Bakar, sebelum Islam disyariatkan melalui Muhammad SAW, Abu Bakar adalah insan yang tidak pernah menyembah berhala. Apatahlagi setelah memeluk Islam, Abu Bakar adalah seorang ayah yang penyayang kepada Aisyah R.anha, dan sahabat yang jujur juga setia kepada Muhammad.

Menjadi pendakwah adalah menjadi manusia yang terbaik kata-katanya juga terbaik keperibadiannya.
Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi manusia terbaik di dunia ini, agar akhirat kita juga adalah akhirat di sisi manusia terbaik pilihan Allah.

Amiin.

PROGRAM TAALIM (USTAZ ADNIN ROSLAN)



TARIKH : 10 September 2017
HARI : Ahad
MASA : 9.00 pm - 11.00 pm
TEMPAT : Masjid Banin Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah

Jabatan Tarbiyah & Penghayatan Islam telah mengadakan satu progam kerohanian yang dihadiri oleh Ustaz Adnin Roslan yang merupakan penulis buku 'Tarbiyah Sentap'. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sekolah & Maahad Tahfiz kiblah. Pengisian ini telah mengulas tentang :

  1. Punca masalah  jenayah dan kemaksiatan  yang berlaku dalam kalangan remaja islam zaman sekarang.
  2. Kemajuan sosial yang telah memberi kesan yang buruk kepada ummah islam zaman sekarang.
  3. Serangan pemikiran (Normalisasi) yang telah mempengaruhi umat islam untuk mengambil ringan tentang dosa-dosa yang mereka lakukan tanpa sedar.
  4. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang betapa jauhnya kita telah terpedaya dengan maksiat.
  5. Sebagai remaja muslim kita hendaklah menghindari perkara-perkara yang membawa kepada maksiat.






 Disediakan oleh, Unit Multimedia dan penerangan BADAR KIBLAH 2017/2018.

Sunday 10 September 2017

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BADAN DAKWAH & ROHANI (BADAR) SEKOLAH KIBLAH 2017/2018



BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BADAR 2017/2018


TARIKH  : 9 September 2017 
HARI  : Sabtu
MASA  : 8.30 am - 1.00 pm
TEMPAT  : Bilik seminar Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah

OBJEKTIF  : 
  1. Memberi kesedaran kepada ahli majlis tertinggi BADAR untuk melaksanakan tanggungjawab  dengan cara terbaik.
  2. Menetapkan matlamat dan hala tuju yang jelas dalam diri sebagai pemimpin.
  3. Membentuk satu kumpulan yang bekerjasama dalam menggerakkan suatu organisasi secara utuh.
Pengendali bagi program ini adalah Al-Akh Muhammad Abdullah Al-Waliy. Beliau merupakan Professional Learning facilitator. Beliau juga berpengalaman 3 tahun sebagai guru di sebuah SRI di Pulau Pinang.

Program ini telah mendapat respon dan kerjasama yang baik daripada semua Majlis Tertinggi BADAR dan dihadiri oleh 23 orang MT BADAR. Beberapa orang pustakawan juga telah terlibat dalam bengkel ini. Semoga kerjasama yang baik antara pustakawan dan MT BADAR serta barisan kepemimpinan yang lain akan berterusan.

Diharap program seumpama ini akan di adakan lagi untuk melahirkan barisan kepemimpinan yang kuat.



Para peserta bergambar bersama Al-Akh Abdullah Al-Waliy dan guru penasihat BADAR.






Para peserta bersungguh-sungguh melakukan aktiviti pemanasan.




Peserta tekun meletakkan matlamat untuk kelangsungan diri dan organisasi.


























Para peserta bersemangat untuk mejalankan program.





Disediakan oleh Unit Penerangan,Penerbitan dan Multimedia BADAR Kiblah 2017/2018.