Pages

Wednesday 19 December 2018

MEMPERKENALKAN MT BADAR KIBLAH 2015/2016


Kisah MUHAMMAD ADIB yang perlu diteladani

Kisah Muhammad Adib

Maaf makcik saya ambil gambar tanpa izin.

"Makcik tadi habis bateri fon daripada 60% sebab tengok berita Muhammad Adib tu lah. Kasian kan..."

Saya hanya memerhati makcik cleanerUKM itu dengan penyapu, penyodok dan dua kantung plastik hitam masih di tangannya. Rancak benar dia bercerita sehingga kedengaran bicara simpatinya di ruangan terbuka Perpustakaan Tun Sri Lanang ini. Serentak dengan itu saya teringat wawancara dalam berita terkini yang saya tonton pagi tadi sambil mencicip secawan teh hijau dan dua keping roti bakar.

"Boleh ceritakan sedikit bagaimana peribadi Muhammad Adib yang pakcik kenal?"

Begitulah lebih kurang soalan yang ditanyakan oleh wartawan ketika menemu-ramah datuk saudara Muhammad Adib di Kampungnya di Kuala Kedah.

"Dia ni baik budaknya, pendiam. Dia mana banyak buang masa dengan benda-benda tak elok. Balik Kampung haritu dia tegoq budak-budak kecik yang main kat sini pastu dia duduk kat belah tepi bendang tu ja. Dia mana ada nak melepak tak tentu pasai..", kedengaran loghat Kedah bapa saudaranya menjelaskan perihal Muhammad Adib. Riak wajah bapa saudaranya sangat yakin namun saya percaya di hatinya tetap sayu.

" Adib ada balik Kampung untuk kali terakhir kan? Bagaimana dia?", Wartawan berita terkini RTM itu meneruskan pertanyaan.

"Ya betui, dia ada balik 5 hari pasai nak urus majlis nikah. Tapi takdan siap semua pun sebab kena pergi menyelesaikan tugas di tempat kerja. Hari pertama Adib bertugas tu terus dia kena pukul waktu rusuhan. Tu tugas pertama dia lepas dia balik kampung haritu, bukan kedua ketiga.. Balik haritu dia memang takdak buang masa, dia memang jenis yang tak suka buang masa benda-benda tak perlu. Dia banyak tolong mana perlu. Kalau masa kosong ada la memancing..", loghat Kedahnya masih kedengaran jelas.

Saya percaya kita semua pasti akan terus mengingat kisah Muhamad Adib ini. Seorang pegawai bomba yang datang ingin menenangkan rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, namun dia pula yang dipukul teruk. Perjuangannya bertarung nyawa selama 21 hari membawa pengakhiran kepada pemergiannya hari ini.


Gambar diambil dari web Bharian.
Hari ini seluruh Malaysia berdukacita dengan pemergian beliau dan kisahnya akan terus diingati. Jika Mufti Perlis danMufli Wilayah persekutan sudah menyuarakan gesaan agar keadilan ditegakkan bagi membela Adib dan keluarganya, saya berfikir ada sudut lain yang boleh dilihat agar Muhammad Adib tidak hanya pergi sebagai wira, bahkan beliau pergi sebagai teladan buat anak muda.


Muda untuk bermanfaat

1. Baik.
2. Pendiam.
3. Suka membantu.
4. Tidak suka membuang masa.
5. Ramah dengan kanak-kanak.

Lima sikap Muhammad Adib ini boleh  kita pelajari melalui pengakuan datuk saudaranya. Siapalah yang paling mengenal seseorang kalau bukan ahli keluarga. Kita belajar dari Muhammad Adib bahawa menjadi anak muda, biarlah menjadi muda untuk bermanfaat.

Saat saya melihat wawancara datuk saudaranya tentang Adib, hati saya sayu. Saya membayangkan anak-anak muda yang masih leka dan terjebak dengan ketagihan melampau terhadap permainan Mobile Legend, Tik Tok,  serta media sosial yang semakin parah.

Saya percaya di luar sana masih ramai anak-anak muda yang berkeperibadian mulia. Muhammad Adib salah seorang daripadanya. Sebenarnya kita bukan tidak memiliki stok anak-anak muda yang berakhlak mulia. Namun, anak muda mesti berani untuk keluar dari kesibukan rakan-rakan kita hari ini yang terlalu mengutamakan kuantiti bukan kualiti.

Cuba kita lihat rakan-rakan kita, bukankah ramai yang sangat mengutamakan berapa ramai 'followers' di IG, berapa banyak'retweet', berapa banyak 'reshare' untuk tarian Tik Tok dan banyak lagi hal sebagai kayu ukur kehebatan. Hakikatnya hal beginilah yang telah mengikis kualiti anak muda kerana banyaknya masa kita bergelumang dengan hal-hal tidak bermanfaat. Itu belum termasuk keghairahan melihat berapa 'view' setiap saat di status Whatsapp, IG dan Fb story.

Semua ini berkait rapat dengan simptomketagihan media sosial yang menjadi punca utama kerosakan generasi muda. Bahkan hal ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental kerana data kajian mendapati 60 peratus responden yang ketagihan media sosial mengalami kebimbangan. manakala sebahagiannya mengalami kemurungan (31.7 peratus) dan tekanan perasaan (20 peratus). (Link)


Bukanlah bermakna melayan media sosial itu berdosa. Ia cuma sebuah muhasabah agar sebagai anak muda kita mengejar kebaikan yang berkualiti, bukan berkuantiti. Pemergian Muhammad Adib amat mendukacitakan namun dia insyaAllah sudah berbahagia kerana 24 tahun kehidupannya dipenuhi dengan 5 keperibadian yang mulia yang baru kita ketahui.

Benarlah kata Rasulullah dalam sebuah hadis riwayat Muslim bahawa:


..إنما الأعمال بالخواتيم..
"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan pengakhiran hidup kita.."

 Tidakkah beruntung Muhammad Adib di usia 24 tahun dia meninggal dalam keadaan sedang membantu dan memudahkan urusan orang lain? Bukankah kerana kesungguhannya menjadi seorang ahli Bomba dan niat yang murni untuk membantu itulah yang menghantarnya kepada kematian yang baik?

Tanggal 17 Disember 2018 adalah tarikh ajalnya Muhammad Adib. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah sahaja. Itulah takdir yang tidak boleh diubah kepada diri seorang Muhammad Adib. Namun, atas usaha dirinya menjadi seorang yang suka membantu, Allah mengahantarkannya kepada takdir dipukul dalam sebuah Rusuhan lalu dia Mati sebagai seorang yang sedang membantu.

Anak muda, jadilah muda yang bermanfaat. Ya, muda hanya sekali kerana itulah kita mesti memanfaatkannya semampu mungkin. Tidak ada yang mampu mengubah diri kita melainkan K.I.T.A!


Bagaimana menjadi 'Muhammad Adib' seterusnya?


Sejujurnya saya tidak mengenali Muhammad Adib secara peribadi. Namun, nilai yang baik dalam diri Muhammad Adib ini saya fikir wajar diteladani oleh anak muda. Kata-kata Syeikh Bin Baz ini mendesak saya untuk berkongsi dengan semua anak muda tentang kita. Ya, tentang masa yang sedang kita lalui dan bagaimana kita memanfaatkannya.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullahu berkata:

والشباب في أي أمة من الأمم، هم العمود الفقري الذي يشكل عنصر الحركة والحيوية إذ لديهم الطاقة المنتجة ،  والعطاء 

المتجدد ، ولم تنهض أمة من الأمم غالبا إلا على أكتاف شبابها الواعي وحماسته المتجددة 
“Semua anak muda dalam mana-mana masyarakat pun,kesemua mereka adalah tulang belakang terbentuknya dinamika sesebuah masyarakat. Hal ini hanya terhasil jika golongan muda memiliki kemampuan yang produktif, mempunyai sumbangan berterusan buat masyarakat. Selalunya, tidak akan bangkit suatu masyarakat melainkan kebangkitan ini dipikul di atas bahu anak muda yang sedar serta mempunyai semangat menggelora."
Secara ringkas, untuk menjadi anak muda yang bermanfaat kita perlu bersungguh-sungguh dalam:

1) Menjadikan diri anak muda yang produktif atau dengan kata lain mempunyai keinginan untuk menjadi teladan akhlak baik bagi rakan-rakan lain.

2) Mempunyai ilmu. Caranya, meletakkan syarat kepada diri untuk wajib membaca untuk menambah ilmu dan kualiti hidup.

3) Sentiasa mempunyai jadual bersukan yang konsisten. Selain dapat menyihatkan tubuh, kita dapat bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

4) Rajin membantu terutamanya ibu dan ayah di rumah melakukan kerja-kerja rumah seperti menjemur baju, menyeterika, mengemas, membasuh dan juga memasak. Bukan hanya memerap di dalam bilik dan bermain media sosial sahaja.

5) Sentiasa mencari ruang untuk menonjolkan diri dalam mengasah kemahiran diri dan disalurkan untuk manfaat masyarakat. Sebagai contoh, Muhammad Adib memilih kerjaya sebagai Anggota Bomba untuk menyalurkan kemahiran meyelamatkan orang. Demikian juga anak muda yang berbakat dalam kerja-kerja bengkel boleh menyalurkan kelebihan itu kepada masyarakat.

6) Mengekalkan keperibadian muslim dalam setiap aktiviti seharian. Anak muda yang minat bersukan boleh membentuk kumpulan sukan namun tetap mengajak rakan-rakan untuk menunaikan solat ketika masuk waktu solat.

Masih banyak ruang untuk anak muda menjadi anak muda yang bermanfaat. Selagi ia selari dengan tuntutan agama dan moral kemanusiaan, anak muda perlu terus gigih keluar dari zon selesa untuk menjadi seorang yang lebih baik dan semakin baik.
.
.
.

MEMPERKENALKAN MT BADAR KIBLAH 2018/2019


LAPORAN NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM 2018



Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Jabatan Tarbiyah dan Penghayatan Islam (JTPI) serta Unit Bimbingan Kauseling (UBK) telah menganjurkan program Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) yang telah berlangsung pada :

Tarikh : 24-25 februari 2018
Hari     : sabtu - ahad

Program ini telah disertai oleh kurang lebih 80 orang pelajar iaitu Ahli Majlis Pelajar (AMP),Ahli Majlis Nuqaba' (AMAN) ,Majlis Tertinggi BADAR dan beberapa pelajar dari Unit Tindakan Khas (UTK).

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut ;

Sabtu (24 februari)
• Tadabbur surah as-saff
• Slot motivasi "KENAPA AKU JADI PEMIMPIN" bersama En.Syawal

Ahad (25 februari)
• Qiamullail
• Jungle trekking (Tanjung Tuan,Melaka)
• LDK 1 - DALAM DATANG YANG SATU KALI
• LDK 2 - GROUP BINDING
• Resolusi

Berikut adalah objektif program tersebut :
1. Memupuk sifat-sifat pemimpin islam dalam diri pelajar dalam membentuk keperibadian dan keyakinan diri.
2. Melatih pelajar berfikir secara terbuka dalam memang amanah dan tanggungjawab merek
3. Dapat melahirkan pemimpin yang dapat memimpin dengan baik & ikhlas tanpa paksaan.







                        








disediakan oleh,
Unit Penerangan,Penerbitan dan Multimedia.

BENGKEL PENGURUSAN BADAR KIBLAH 2017/2018